Tuesday, December 14, 2010

Tanaman Tepi Rumah



Haritu tengok serai2 terlalu meriah kat tepi rumah aku tu....kalau dibiarkan tua takut tidak berguna laks...So aku pun ambil cangkul dan membuat aktiviti replanting ketiga2 perdu serai ditepi rumah tu...

Bila dah siap tak sangka banyak gak dapaat..takkan nak makan semuannya...kalau simpan dalam peti pun sure rosak..

Dengan berbekalkan sedikit keberanian akupun pergilah menagih simpati pekedai runcit untuk membeli serai tersebut...tapi alangkah terkejutnya kerana semua kedai dah ada pembekal rasmi....lagipun stok mereka banyak lagi....aku pun hampir putus asa....

Tapi orang kata...kalau tak pandai menjual..belajar2 la juga....akhirnya dengan sedikit "negotiation skill" aku berjaya juga menjual serai tersebut di pasar kipmart...lepaslah untuk duit minyak ke kipmart tu,,,,hehe

No comments: