Friday, January 28, 2011

Monday, January 10, 2011

Getuk Ubi



Siapa disini pernah makan getuk ubi....aku pun sebenarnya selalu makan tapi baru harini ingat nama ni sebab ni nama panggilan orang Jawa, kalau dalam bahasa melayu mungkin dipanggil ubi kayu ketuk kot..haha.
Cara membuatnya bukan la susah sangat. Dapatkan ubikayu...beli atau cabut yang tepi rumah punya. Setelah dibuang kulitnya dan dibersihkan....potong kecil2 sebelum masukkan ke dalam periuk untuk direbus.

Setelah masak...keluarkan ubi tadi dan tumbuk menggunakan lesung batu. Semasa menumbuk...masukkan gula secukup rasa. Apabila telah ditumbuk hancur dan menjadi lehet serta rasa manisnya telah sebati...uli ubi tersebut seperti roti. Jika hendak makan kecilkan daripada ulian tersebut dan ulikan kepada bentuk yang lebih kecil seperti dalam gambar.

Amat sesuai dimakan ketika musim hujan. Juga boleh dijadikan sarapan pagi jika tiada menu lain. Kelebihan: Sangat kaya dengan karbohidrat dan juga mempunyai kalori yang tinggi. Sesuai untuk penggemar makanan tradisional.

Thursday, December 30, 2010

Simple Life




Baru-baru ni aku balik kampung sebab lama tak balik. Selain dari ziarah orang tua,,,aku balik sebab nak tengok progress rumah mak yang baru renovate. Masa balik sebelum ni rumah tu macam huru hara skit sebab banyak lagi belum siap. Semua kerusi meja tak dan dapur tak tersusun...lantai dapur pun cuma baru je pasang tiling. Tapi kali ni tengok banyak benda dah siap...tiling dah pasang,,,electrical wiring dah siap...sebahagian dinding dah cat...memang banyak la progress dari dulu..tengok mak pun makin happy...tak la merungut macam sebelum ni...sebab tukang rumah ni kira jenis slow la buat kerja...kalau ikut proper contract dah kene potong payment dah sebab lewat siap.

Walaumacamanapun masih ada lagi kerja2 touch up nak kena buat..tetapi mungkin tinggal dalam 15% je lagi..kalau contractor konsisten buat kerja mungkin lagi sebulan siap la kot rumah tu..

Masa balik haritu sempat la aku ronda-ronda kawasan rumah...Aku tengok memang mak aku rajin tanam tanaman kontan kat rumah seperti kacang panjang, kangkung, kacang buncis, kacang tanah, ubi kayu, keledek dan macam2 lagi la. Sebenarnya walaupun tanam untuk kegunaan sendiri je....dan bukan untuk tujuan komersial tapi tanam tanaman ni dapat juga menjimatkan belanja dapur..dan yang paling penting masa tidak terbazir untuk pergi ke kedai selain dari jimat duit petrol dan tambang bas.

Kat sini aku letak beberapa gambar tanaman kontan yang aku akan gunakan sebagai semangat untuk bertani masa aku pindah rumah baru nanti..hehe

Selain dapat makan free ...dapat juga bersenam free..sebab tanaman tu kene jaga,,,,tak boleh biarkan begitu je...kene baja,,,,siram...bersihkan,,,dan sebagainya. Dan kalau makhluk perosak atau burung atau mana2 makhluk yang dapat menikmati hasil tersebut,,,,dapat la juga pahala free...senang kan....

Pada aku ni la dikatakan simple life...