Sunday, December 28, 2008

Mengail Di Tasik Pasir Gudang

Awal pagi semalam seperti yang diidam2kan aku kembali semula ke tasik pasir gudang tapi kali ini dengan sebatang joran pancing 'ninja'. Pancing jenis ini sebenarnya lebih sesuai untuk memancing di sekitar sawah atau alur air kecik. Tapi sebab pancing ni je yang aku ada...so gunakan je la,,,,Bak kata Chef Li,,,kalau kail panjang sejengkal...cuba la mengail juga...:)..Yang penting hasilnya,,,,,biar kecil asal berhasil hehe..

Sesampai je aku kat tasik,,,tengok dah ada 2 kumpulan pemancing...satu kumpulan bangla dan satu lagi seorang lelaki bersama anak2nya. Aku tengok group bangla tu guna pancing joran batang kayu ranting je,,,,sementara yang group family tu guna pancing moden dengan umpan yang canggih. Dari jauh aku nampak seorang bangla dah berjaya menaikkan seekor ikan,,,nampak agak besar. Dalam hati aku,,,,,pergh pancing bodo camtu pun bleh dapat ikan...malu la aku kalau guna pancing 'ninja' kalau tak dapat apa2..

Aku pun terus menyusur tasik tu dan pergi ke port yang agak jauh dari dua2 kumpulan tersebut....








Saturday, December 27, 2008

Ronda2 Kat Tasik Pasir Gudang

Petang semalam pegi saje pegi jenjalan kat Tasik pasir gudang....Ingat nak pegi tasik tepi masjid atas bukit tu tapi kereta byk sgt..susah nak masuk so terpaksalah belok ke tasik sebelahnya.... Tasik ni nampak macam tak brapa terurus sikit dan tak ramai orang..

Nampak adalah beberapa orang jalan-jalan kat tasik bawak anak,....dalam duk jalan2 tu..ternampak satu group tengah syok memancing....Bila dah rapat kat kat kelompok pemancing tu tengok ada 2 ekor ikan telah dapat dinaikkan. Tanya pemancing tu,,,ikan apa ni,,,,sebab tak brapa cam sangat. Dia pun bagitau patin dan keli...Bila tengok rapat2...mmg betul patin ngan keli...Dalam hati,,,,wah,,,ada gak species patin kat sini eheh...tengok cam besar gak ada la dekat 1kg.

Aku pun apa lagi ronda2 la sekitar tasik tu..tngok spot2 menarik mana tau esok bleh datang sini cuba nasib plak haha..... Tengok kiri kanan takde plak singboard tunjuk dilarang memancing...maknaknay line clear....patut la derang berani. Kalau tasik yang kat sebelah masjid tu mmg tak penah tengok org mancing kat situ,,,

Ronda2 area tasik


Ternampak sekumpulan ikan sedang menimbulkan diri,,,banyak gila...Tak tau plak ikan jenis apa..

Hari pun dah dekat nak senja,,,so aku pun balik laa...esok dalam hati pagi2...nak datang sini bawa pancing....harap2 tak ramai la org datang....Lama tak mancing,,rasa gian plak..hehe

Sunday, December 14, 2008

Value Creation

Tiba2 arini aku rasa nak tulis pasal value creation. Tapi aku tulis ni pun base pada pengamtan aku dengan tidak merujuk kepada mana2 sumber bacaan,,,nasib la kalau tak menepati apa takrifan yang sebenarnya,,,hehe

Salu sgt aku dgr org cakap atau menulis pasal 'value creation' ni,,,terutama top2 mgt Felda..termasuklah chairmanya Tan Sri Dr Yusuf Nor mahupun menteri Felda sendiri Datuk Sri Najib. Macam tergiang2 kat telinga aku org citer pasal value creation ni..

Pada pengamatan mudah aku, aku suke tengok value creation ni pada share price sesuatu company. Tak berapa lama dulu sibuk sister company aku (MISC) plan nak beli Ramunia Fabricator..so nilai share dia pada waktu tu tak silap aku RM1.30++....Dari cerita2 aku dengar mmg rundingan berjalan lancar dan hampir 80% confirm...Tiba2 tak berapa minggu lepas keluar news kat paper kata RTO (reverse take over) tak jadi. Slps je news kluar esoknya share Ramunia menjunam dari RM0.60++ pastu esoknya menjunam lagi smpi RM0.40++....sehinggalah arini aku tengok valuenya cuma RM0.33. Kalau tengok aset capitalization berapa percent nilai dia jatuh tu,,,,. Mesti ada cerita disebaliknya...tapi aku tak sempat nak korek detail sbb tak berminat nak bli kaunter ni.....Kalau ada masa nanti aku pegi selidik la,,haha

So....whats is value creation, nmpknya cerita di atas bukannya pasal value creation tapi value decration,,,,,haha....So value creation secara mudahnya adalah terbalik kpd cerita di atas. Contoh yang mudah yg aku nampak...kalau kita beli rumah lelong yang dah tak terurus dalam RM80K,,,,,kemudian kita pegi repair dan renovate rumah cantik2...siap letak fully furnish. Aku rasa kalau kita panggil estimator senang2 value rumah tu bleh naik 50%. Rental rate pun mungkin bleh dinaikkan.

Apa kaitannya value creation dgn diri kita,,,,,,sebolehnya setiap hari kita menambah nilai diri kita,,,,tak kiralah samaada melalui ilmu atau harta. Tapi harta mungkin boleh susut,,,,tapi kalau ilmu insyaalah kalau kita beramal mesti Allah akan tambah lagi. Harta pun kalau kita rajin sedekah,,,nanti Allah akan tambah lagi dari jalan yg kita tak sangka2. Mungkin siapa yang dah berbuat pasti dapat mengakui keberanan janji Allah ni.


Beberapa tahun lepas aku pernah tebaca kat Fortune Magazine,,,singapore adalah negara yang paling tinggi nilai GDPnya,,,no 2 tak silap aku Malaysia kemudian diikuti Thailand...Malaysia pun tinggi GDP sbb ada Petronas je..



Satu benda yang aku nampak negara singapura ni sgt bijak membuat value creation, bayangkan negara yang boleh dikatakan sangat kurang sumber semulajadi di antara negara2 ASEAN tapi mempunyai GDP tertinggi di asia tenggara. Malaysia dan negara2 asean lain yang byk hasil mahsul sumber semulajadi masih jauh utk menandingi singapore....Kenpa jadi camtu?...pada aku simple,,,,Human capital. Rakyat2 singapore nampaknya menggunakan otak mereka lebih berbanding negara asean lain,,,haha.



Aku percaya mereka adalah trader yang sgt bagus di mana bukan menjadi rahsia lagi mereka menjual semula apa yang mereka beli dan membuat value creation pada produk tersebut seternya dapat menjual dengan nilai harga yg tinggi. Rasanya itu saja. Tidak lama dulu kecoh rambutan dijual di negara Jepun oleh syarikat singapura yang semua tahu buah rambutan tersebut diperolehi dari Malaysia. Knp Malaysia tidak dpt berbuat demikian, mungkin mereka telah begitu lama dalam selok belok "Trader" dan sukar untuk ditandingi kecekapan mereka.


Tiba2 aku teringat mini garden kat halaman rumah aku,,,mungkin ini boleh dijadikan satu permulaan untuk aku belajar mencipta value creation,,,hehe.

Sebelum...


Selepas..


Saturday, October 11, 2008

Baru Pindah Rumah

Hari Khamis baru ni (9.10.08) aku baru je berangkat ke rumah sewa baru aku kat Pasir Gudang. Tengok rumah lebih besar dari apartment aku kat KL tu,,,,tapi rumah nampak tak terurus skit,,,biasalah dah sebulan tiada penyewa. Tapi tak kisahlah janji umah aku ni dekat ngan tempat keja. Ari sabtu n ahad baru ni aku pun mula bersihkan rumah,,,tapi tak larat sangat sebab penat pindah barang belum ilang lagi.. Aku tengah pening caman nak hias halaman umah ni,,,biasa duk apartment takyah nak pikir2 pasal halaman nih,,ehehe







Rumah dipenuhi rumput,,,camna nak hias halaman umah ni,,pening jap


Hari pertama, aku tebas skit batang ubi kayu gajah depan umah baru nampak skti umah aku