Sunday, December 14, 2008

Value Creation

Tiba2 arini aku rasa nak tulis pasal value creation. Tapi aku tulis ni pun base pada pengamtan aku dengan tidak merujuk kepada mana2 sumber bacaan,,,nasib la kalau tak menepati apa takrifan yang sebenarnya,,,hehe

Salu sgt aku dgr org cakap atau menulis pasal 'value creation' ni,,,terutama top2 mgt Felda..termasuklah chairmanya Tan Sri Dr Yusuf Nor mahupun menteri Felda sendiri Datuk Sri Najib. Macam tergiang2 kat telinga aku org citer pasal value creation ni..

Pada pengamatan mudah aku, aku suke tengok value creation ni pada share price sesuatu company. Tak berapa lama dulu sibuk sister company aku (MISC) plan nak beli Ramunia Fabricator..so nilai share dia pada waktu tu tak silap aku RM1.30++....Dari cerita2 aku dengar mmg rundingan berjalan lancar dan hampir 80% confirm...Tiba2 tak berapa minggu lepas keluar news kat paper kata RTO (reverse take over) tak jadi. Slps je news kluar esoknya share Ramunia menjunam dari RM0.60++ pastu esoknya menjunam lagi smpi RM0.40++....sehinggalah arini aku tengok valuenya cuma RM0.33. Kalau tengok aset capitalization berapa percent nilai dia jatuh tu,,,,. Mesti ada cerita disebaliknya...tapi aku tak sempat nak korek detail sbb tak berminat nak bli kaunter ni.....Kalau ada masa nanti aku pegi selidik la,,haha

So....whats is value creation, nmpknya cerita di atas bukannya pasal value creation tapi value decration,,,,,haha....So value creation secara mudahnya adalah terbalik kpd cerita di atas. Contoh yang mudah yg aku nampak...kalau kita beli rumah lelong yang dah tak terurus dalam RM80K,,,,,kemudian kita pegi repair dan renovate rumah cantik2...siap letak fully furnish. Aku rasa kalau kita panggil estimator senang2 value rumah tu bleh naik 50%. Rental rate pun mungkin bleh dinaikkan.

Apa kaitannya value creation dgn diri kita,,,,,,sebolehnya setiap hari kita menambah nilai diri kita,,,,tak kiralah samaada melalui ilmu atau harta. Tapi harta mungkin boleh susut,,,,tapi kalau ilmu insyaalah kalau kita beramal mesti Allah akan tambah lagi. Harta pun kalau kita rajin sedekah,,,nanti Allah akan tambah lagi dari jalan yg kita tak sangka2. Mungkin siapa yang dah berbuat pasti dapat mengakui keberanan janji Allah ni.


Beberapa tahun lepas aku pernah tebaca kat Fortune Magazine,,,singapore adalah negara yang paling tinggi nilai GDPnya,,,no 2 tak silap aku Malaysia kemudian diikuti Thailand...Malaysia pun tinggi GDP sbb ada Petronas je..



Satu benda yang aku nampak negara singapura ni sgt bijak membuat value creation, bayangkan negara yang boleh dikatakan sangat kurang sumber semulajadi di antara negara2 ASEAN tapi mempunyai GDP tertinggi di asia tenggara. Malaysia dan negara2 asean lain yang byk hasil mahsul sumber semulajadi masih jauh utk menandingi singapore....Kenpa jadi camtu?...pada aku simple,,,,Human capital. Rakyat2 singapore nampaknya menggunakan otak mereka lebih berbanding negara asean lain,,,haha.



Aku percaya mereka adalah trader yang sgt bagus di mana bukan menjadi rahsia lagi mereka menjual semula apa yang mereka beli dan membuat value creation pada produk tersebut seternya dapat menjual dengan nilai harga yg tinggi. Rasanya itu saja. Tidak lama dulu kecoh rambutan dijual di negara Jepun oleh syarikat singapura yang semua tahu buah rambutan tersebut diperolehi dari Malaysia. Knp Malaysia tidak dpt berbuat demikian, mungkin mereka telah begitu lama dalam selok belok "Trader" dan sukar untuk ditandingi kecekapan mereka.


Tiba2 aku teringat mini garden kat halaman rumah aku,,,mungkin ini boleh dijadikan satu permulaan untuk aku belajar mencipta value creation,,,hehe.

Sebelum...


Selepas..


No comments: