Friday, January 28, 2011

Monday, January 10, 2011

Getuk Ubi



Siapa disini pernah makan getuk ubi....aku pun sebenarnya selalu makan tapi baru harini ingat nama ni sebab ni nama panggilan orang Jawa, kalau dalam bahasa melayu mungkin dipanggil ubi kayu ketuk kot..haha.
Cara membuatnya bukan la susah sangat. Dapatkan ubikayu...beli atau cabut yang tepi rumah punya. Setelah dibuang kulitnya dan dibersihkan....potong kecil2 sebelum masukkan ke dalam periuk untuk direbus.

Setelah masak...keluarkan ubi tadi dan tumbuk menggunakan lesung batu. Semasa menumbuk...masukkan gula secukup rasa. Apabila telah ditumbuk hancur dan menjadi lehet serta rasa manisnya telah sebati...uli ubi tersebut seperti roti. Jika hendak makan kecilkan daripada ulian tersebut dan ulikan kepada bentuk yang lebih kecil seperti dalam gambar.

Amat sesuai dimakan ketika musim hujan. Juga boleh dijadikan sarapan pagi jika tiada menu lain. Kelebihan: Sangat kaya dengan karbohidrat dan juga mempunyai kalori yang tinggi. Sesuai untuk penggemar makanan tradisional.