Thursday, December 30, 2010

Simple Life




Baru-baru ni aku balik kampung sebab lama tak balik. Selain dari ziarah orang tua,,,aku balik sebab nak tengok progress rumah mak yang baru renovate. Masa balik sebelum ni rumah tu macam huru hara skit sebab banyak lagi belum siap. Semua kerusi meja tak dan dapur tak tersusun...lantai dapur pun cuma baru je pasang tiling. Tapi kali ni tengok banyak benda dah siap...tiling dah pasang,,,electrical wiring dah siap...sebahagian dinding dah cat...memang banyak la progress dari dulu..tengok mak pun makin happy...tak la merungut macam sebelum ni...sebab tukang rumah ni kira jenis slow la buat kerja...kalau ikut proper contract dah kene potong payment dah sebab lewat siap.

Walaumacamanapun masih ada lagi kerja2 touch up nak kena buat..tetapi mungkin tinggal dalam 15% je lagi..kalau contractor konsisten buat kerja mungkin lagi sebulan siap la kot rumah tu..

Masa balik haritu sempat la aku ronda-ronda kawasan rumah...Aku tengok memang mak aku rajin tanam tanaman kontan kat rumah seperti kacang panjang, kangkung, kacang buncis, kacang tanah, ubi kayu, keledek dan macam2 lagi la. Sebenarnya walaupun tanam untuk kegunaan sendiri je....dan bukan untuk tujuan komersial tapi tanam tanaman ni dapat juga menjimatkan belanja dapur..dan yang paling penting masa tidak terbazir untuk pergi ke kedai selain dari jimat duit petrol dan tambang bas.

Kat sini aku letak beberapa gambar tanaman kontan yang aku akan gunakan sebagai semangat untuk bertani masa aku pindah rumah baru nanti..hehe

Selain dapat makan free ...dapat juga bersenam free..sebab tanaman tu kene jaga,,,,tak boleh biarkan begitu je...kene baja,,,,siram...bersihkan,,,dan sebagainya. Dan kalau makhluk perosak atau burung atau mana2 makhluk yang dapat menikmati hasil tersebut,,,,dapat la juga pahala free...senang kan....

Pada aku ni la dikatakan simple life...

Tuesday, December 14, 2010

Tanaman Tepi Rumah



Haritu tengok serai2 terlalu meriah kat tepi rumah aku tu....kalau dibiarkan tua takut tidak berguna laks...So aku pun ambil cangkul dan membuat aktiviti replanting ketiga2 perdu serai ditepi rumah tu...

Bila dah siap tak sangka banyak gak dapaat..takkan nak makan semuannya...kalau simpan dalam peti pun sure rosak..

Dengan berbekalkan sedikit keberanian akupun pergilah menagih simpati pekedai runcit untuk membeli serai tersebut...tapi alangkah terkejutnya kerana semua kedai dah ada pembekal rasmi....lagipun stok mereka banyak lagi....aku pun hampir putus asa....

Tapi orang kata...kalau tak pandai menjual..belajar2 la juga....akhirnya dengan sedikit "negotiation skill" aku berjaya juga menjual serai tersebut di pasar kipmart...lepaslah untuk duit minyak ke kipmart tu,,,,hehe

Monday, December 6, 2010



Resepi Singgang ikan kelantan
1 ekor ikan tongkol
5 ulas bawang putih(dimayang)
1 inci lengkuas(dimayang)
air
3 keping asam gelugur/keping
6 biji cili padi(dipatah dua)
sedikit belacan(sesedap rasa)
garam
serbuk perasa

Basuhkan ikan tadi dan potong mengikut selera.rebus ikan bersama bawang putih,lengkuas,cili padi dan sedikit belacan.biar naik baunya.kemudian,masukkan air dan biarkan mendidih.akhir sekali,masukkan garam dan serbuk perasa

Saturday, December 4, 2010

Tanaman Kontan


Setelah dekat setahun aku tanam ubi..aku biarkan je...Tujuan utama tanam ubi kayu sebab nak elakkan rumput tumbuh, sebab sebelum ni rumput tumbuh sangat tinggi sehinga ke paras pinggang!..Selain itu seminggu sekali dapatlah gak aku makan pucuknya untuk buat ulam atau buat gulai lemak..

Tapi kali ni sungguh berbaloi,,,niat nak tebang ubi sebab dah terlalu tinggi dah mengenai rumah jiran sebelah....tapi bila terpikir pokok ni ubi kayu,,,cuba la nak tengok isinya.......nah,,,,rupanya2...ubi dah besar.....memang betul la kata orang tua diam-diam ubi berisi....hahaha...bleh la aku buat kerepek..i like!

Thursday, December 2, 2010

muda tengah: PKR cuba kaburi mata rakyat mengenai gaji menteri ...

muda tengah: PKR cuba kaburi mata rakyat mengenai gaji menteri ...: "PM gets salary of RM22,800 a month November 23, 2010KUALA LUMPUR, Nov 23 — The prime minister receives a monthly salary of RM22,826.65 ac..."

BLOGGENSTARZ: PETROL DEPA DAH BAGI.JARUM DEPA DAH ADA.UMPAN DEPA...

BLOGGENSTARZ: PETROL DEPA DAH BAGI.JARUM DEPA DAH ADA.UMPAN DEPA...: "MEREKA CUMA TUNGU BAKAR. MEREKA CUMA TUNGGU CUCUK. MEREKA CUMA TUNGGU UMPAN MENGENA SAJA ............................. Itulah permainan mere..."

MEDIA CYBER™: Menara Warisan Merdeka atau Projek Mega Ladang Bab...

MEDIA CYBER™: Menara Warisan Merdeka atau Projek Mega Ladang Bab...: "19 Oktober 2010, seramai lima orang ahli parlimen DAP telah membuat bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat..."

muda tengah: PAP @ DAP @ PKR YANG SURUH RAKYAT BUAT KACAU DIMAL...

muda tengah: PAP @ DAP @ PKR YANG SURUH RAKYAT BUAT KACAU DIMAL...